Jumaat, 23 Februari 2018

Buku : Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah

Assalamualaikum wbt.

Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Nabi Muhammad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada beliau. Kita hanya melihat Nabi Muhammad sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak, remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia.

Di dalam bukunya yang bertajuk, Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager, Muhammad Syafi’i Antonio memaparkan ciri-ciri kehandalan Nabi Muhammad dalam lapan bidang. Bidang-bidang itu adalah pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang-undang dan ketenteraan. Kelapan-lapan ciri ini berasal daripada satu sumber iaitu ajaran Islam.

Dengan demikian, kita perlu menyelami pelbagai aspek kehidupan Nabi Muhammad dan bukan membatasi pada aspek spiritual sahaja. Aspek spiritual adalah roh kepada keseluruhan aspek kehidupan yang membawa manusia mencapai kejayaan.

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 


Ahad, 28 Januari 2018

The Richest Man in Babylon- In Malay

"Cahaya mentari yang bersinar pada hari ini adalah cahaya yang sama bersinar pada hari ayah kita dilahirkan, dan akan tetap bersinar apabila keturunan kita yang terakhir meninggal dunia"

- Algamish, antara lelaki terkaya di Babylon.

Ribuan tahun sudah berlalu. Para Babylonian tidak hanya meninggalkan serpihan sejarah kota yang penuh kegemilangan untuk kita kenang, malah ilmu kewangannya yang mantap untuk kita fahami dan amalkan. George S. Clason berjaya memecah rahsia kekayaan para Babylonian lalu memuatkannya ke dalam naskhah ini. Menerusi gaya penceritaan yang mudah, naskhah bestseller sepanjang zaman ini akan mengacu perjalanan kita bagi mencapai segala impian, dan kemahuan dalam hidup.

Diangkat sebagai karya klasik moden, buku ini menawarkan penyelesaian bagi kita yang mahu keluar dari kepompong masalah kewangan, seterusnya menjadi kaya dan berjaya.

Baca dan hadiahkan buku ini kepada mereka yang tersayang sekiranya anda mahu generasi anda hidup kaya dan sejahtera. 



          
         

Selasa, 19 Disember 2017

Pustaka MUASZ di PG MALL

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Semoga semua pembaca berada dalam rahmat Allah Taala.

Segala puji dan syukur kepada Allah Taala, alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menulis di laman maya ini. Apa khabar semua para pembaca laman Pustaka MUASZ ?

Sebagai makluman dan pengetahuan kepada semua pembaca, alhamdulillah kini Pustaka MUASZ  mendapat tempat di sebuah laman web mall online iaitu PG MALL. Namun pihak kami masih dalam proses mencari beberapa buah buku yang bermanfaat dan berguna untuk semua para pembaca di pelbagai peringkat umur, sesuai untuk seisi keluarga. 

InsyaAllah kami akan memuat naik buku-buku tersebut untuk tatapan para penggemar buku dan ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak minat membaca.

Pihak kami menjemput para pembaca laman Pustaka MUASZ ke laman web mall online PG MALL di alamat berikut: 
https://pgmall.my/stores/MUASZ_shoppe

PG MALL juga menawarkan kepada para pembeli di lamanya dengan pelbagai promosi menarik dan turut disediakan lucky draw kepada mereka yang bertuah dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 

Anda boleh ke link berikut untuk mendaftar sebagai pembeli di web PG MALL:
http://bit.do/PGMallCus

ATAU 

hubungi kami di talian 012-324 3508 ( call / whatsapp )

Selamat bercuti dan manfaatkan waktu cuti ini dengan MEMBACA.

Terima kasih, wassalam.


Jumaat, 6 Oktober 2017

CREATE YOUR OWN FUTURE- BRIAN TRACY



Setiap orang di dunia ini pasti mahukan masa hadapan yang cerah. Namun, ada individu yang berjaya dan ada yang tersungkur di pertengahan jalan. 

Mengapa perkara ini berlaku? 
Semua persoalan ini akan terjawab dalam buku Create Your Own Future yang telah diterjemah dalam Bahasa Malayu.


Menerusi buku ini, Brian Tracy bukan sahaja merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang gagal dalam kehidupan, malah beliau turut mendedahkan 12 prinsip bagi meraih kejayaan tanpa had!

Buku yang lengkap dengan panduan bagi meraih kejayaan, pencapaian, pendapatan lebih tinggi, kenaikan pangkat yang pantas, dan hasil yang lebih memberangsangkan dalam apa jua perkara dalam kehidupan kita!

Buku yang lengkap dengan panduan bagi meraih kejayaan, pencapaian, pendapatan lebih tinggi, kenaikan pangkat yang pantas, dan hasil yang lebih memberangsangkan dalam apa jua perkara dalam kehidupan kita!

 >> Sebahagian kandungan:
Pengantar Penterjemah
Pengenalan 
Bab 1: Kejayaan Boleh Diramal
Bab 2: Potensi Kita Tiada Hadnya
Bab 3: Matlamat yang Jelas adalah Kunci Utama
Bab 4: Ilmu adalah Kuasa
Bab 5: Kepakaran adalah Suatu Keajaiban


Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.


Jika anda ingin miliki sebuah hari ini ayuh hubungi kami di Pustaka Muasz:

Call / sms / whatsapp: 012 324 3508

Isnin, 17 Julai 2017

TAFSIR AL-AZHAR JUZ 30 (JUZ AMMA)


Assalamualaikum w.b.t.

Selain mushaf Al-Quran dan terjemahan Al-Quran yang mesti ada di setiap rumah seorang muslim dan sebuah keluarga muslim; tafsir Al-Quran juga sebaiknya turut dimiliki. Kerana tafsir Al-Quran akan memberikan gambaran yang lebih luas dan tepat melalui kajian para alim ulama' terhadap Al-Quran. 

Sekurangnya setiap rumah muslim ada tafsir Al-Quran Juz Amma ini kerana di dalamnya merupakan surah-surah lazim yang biasa kita baca samada di dalam solat mahupun di luar solat. Oleh kerana kita biasa membaca surah-surah dalam Juz 30 ini, alangkah rugi kita tidak mengetahui dan memahami apa makna dan tafsirannya. 

Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.



>> Jika anda ingin miliki buku ini boleh menghubungi kami di Pustaka Muasz ATAU hubungi 012 324 3508 ( call / whatsapp )




Jumaat, 14 Julai 2017

Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi.

Alhamdulillah kini di Pustaka MUASZ beberapa buah buku baru akan diperkenalkan. Pelbagai genre dan  jenis bacaan untuk pelbagai peringkat umur akan berada di pustaka kami bagi memudahkan anda dan seisi keluarga mendapat bahan bacaan.

InsyaAllah, buku-buku bermutu dan bermanfaat berada di sini. Ayuh bersama membina masyarakat minat membaca.




Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis 

Sinopsis
Kisah-Kisah daripada Al-Quran dan Hadis menghimpunkan pelbagai kisah tentang perjalanan hidup Nabi dan sahabat, kisah-kisah perang yang berlaku serta kepahlawanan Nabi dan sahabat dalam menyebarkan agama Islam.


Buku ini berkonsepkan Bedtime Stories, Satu Hari Satu Cerita mengikut kalendar Islam. Sangat santai untuk dijadikan aktiviti bersama Si Cilik sebelum tidur. Ia juga dapat menjadikan mesej yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan Al-Hadis dekat dengan kehidupan para pembaca. Sesuai juga untuk orang dewasa sebagai bacaan santai.


Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna warni serta info-info tambahan yang boleh dijadikan iktibar serta teladan kepada kita. 

Keterangan


Format: Paperback
Saiz: 10 x 7 x 0.2
ISBN-13: 978-967-411-681-1
Tarikh Terbit: 14 Sep 2015
Jumlah Muka Surat : 128
Berat (kg) : 0.18









Khamis, 13 Julai 2017

Meneruskan cita

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dapat bersua semula di alam maya ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah Taala kami di Pustaka Muasz akan meneruskan agenda kami mendidik masyarakat agar minat kepada buku-buku dan memanfaatkannya. Apalah guna dan faedah jika buku-buku hanya menjadi bahan perhiasan ?

Masyarakat yang membaca insyaAllah dapat membina tamadun ummah. Namun begitu, pemilihan bahan bacaan dapat membentuk peribadi dan jatidiri dalam pembinaan jiwa kanak-kanak. Oleh demikian, para ibubapa perlu mengawasi bahan bacaan anak-anak kita supaya jiwa dan fikiran mereka mendapat siraman baja yang terbaik. Bagi mendapat ilmu yang terbaik maka pilihlah bahan bacaan yang baik dan bermutu. 


Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad



Isnin, 29 Mei 2017

Cara Membaca Buku Lebih Cepat

Metode 2
Fokus pada Bacaan


1- Terlibatlah dengan bacaan anda. 
Jika anda sukar untuk duduk diam dan konsentrasi pada bacaan, anda boleh menggariskan beberapa isi penting pada teks pembacaan anda. Anda boleh menggunakan pensil, pen atau 'highlighter'.

Membaca keras-keras atau berbisik boleh membuatkan perhatian anda lebih berfokus pada buku.
Selain itu, anda boleh menelusuri setiap perkataan menggunakan jari anda agar tidak tersesat pada ayat bacaan anda. Anda juga boleh menulis pada buku nota atau kertas kosong beberapa isi penting yang diperlukan oleh anda dari pembacaan tersebut. 

2- Istirehat sebentar. 
Inilah kesempatan untuk anda memikirkan sesuatu selain bacaan anda. Bergeraklah, ambillah minuman, tontonlah sebentar televisyen atau apa pun yang boleh menjauhkan fikiran anda dari buku.

Aturkan dan batasi masa istirehat yang anda lakukan dalam satu-satu waktu. Melakukan sedikit pergerakan fizikal boleh membangkitkan kembali tenaga anda dan membuat anda kembali membaca dengan mudah dan bersemangat.


3- Berlatihlah konsentrasi pada bacaan anda. 
Untuk benar-benar berkonsentrasi, anda harus melakukannya setiap hari. Setelah beberapa hari, anda akan mulai merasakan peningkatan dalam proses membaca anda.

Carilah waktu dalam sehari yang boleh anda gunakan untuk membaca dan tetapkan sedikit masa untuk membaca setiap hari. Membaca akan segera menjadi kebiasaan Anda.
Jangan cuba mengingati setiap perincian satu persatu ketika anda membaca. Anda akan merasa keletihan, dan akan sulit untuk melanjutkan bacaan serta mudah berasa bosan


Ahad, 28 Mei 2017

RAMADHAN 1438 HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM WBT

PIHAK PUSTAKA MUASZ INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK BAGI TAHUN 1438 HIJRAH BERSAMAAN 2017 MASIHI.

SEMOGA KITA BERAZAM UNTUK MENAMBAH DAN MEMPERBAIKI AMAL IBADAH KITA DEMI MENCARI REDHA DAN RAHMAT ALLAH TAALA DI BULAN MULIA INI.

KITA MENGHARAPKAN ALLAH TAALA MENERIMA SEGALA AMAL SOLEH KITA DAN MENEMUKAN KITA DENGAN SUATU MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN, MALAM AL-QADR. AAMIIN.

تقبل الله منا ومنكم من أعمال الصالحات 

Isnin, 1 Mei 2017

Cara Membaca Buku Lebih Cepat

Metode 1
Bersiap untuk Membaca

1. Pertimbangkan lingkungan sekitar Anda. 
Suasana membaca harus bebas dari gangguan. Matikan televisyen, muzik, internet, telefon dan semua yang berpotensi untuk mengalihkan bacaan anda. Anda juga harus merasa nyaman, jika tidak, anda akan berfokus pada perasaan lapar, terlalu letih, terlalu dingin dan segala hal selain buku anda.
Jangan merasa terlalu nyaman juga. Pastikan anda boleh tetap segar dan sedar serta menumpukan pada bahan bacaan anda. Hal ini sangat penting terutama jika anda memilih untuk membaca di bilik tidur.


2. Pilihlah sebuah buku. 
Buku yang dibaca perlu disesuaikan dengan masa dan kondisi diri anda. Apakah mampu untuk anda membaca bahan bacaan ilmiah berat ketika badan anda sedikit keletihan atau sebelum tidur dan sambil berbaring? Sudah tentu bahan bacaan ringan dan santai lebih baik ketika situasi begitu. Atau paling kurang ketika itu bahan bacaan ilmiah berat hanya dibaca sekadar ingin mengetahui kandungannya sahaja. 


3. Tentukan target yang masuk akal. 
Target ini merupakan target besar dengan langkah-langkah kecil atau mencatat secara ringkas apa yang ingin anda dapatkan dari sesuatu bahan bacaan. Menulis target dapat membuatkan anda berfokus pada hasil yang ingin anda capai serta proses untuk mencapainya.
Contoh target yang masuk akal adalah menyelesaikan sebuah buku pada masa tertentu, memerhatikan keseluruhan bab dan dapat mengingat kembali informasi dari bab tersebut, mencari idea pokok dan membaca buku dengan waktu yang lebih sedikit.

Target benar-benar ditentukan oleh anda. Target anda harus mendorong anda untuk terus berlatih membaca secara cepat. 

Gambar sekadar hiasan

Sabtu, 14 Januari 2017

2017

Assalamualaikum wbt.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Kesempatan untuk kita terus beribadah dan memohon ampun kepada Allah. Menyediakan bekal sebanyak mungkin untuk menuju ke alam hidup kekal abadi.

Kita sudah pun berada di pertengahan bulan pertama tahun baru 2017. Masa yang cepat berlalu dengan pelbagai tugasan, aktiviti seharian dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Mudahan sentiasa dalam rahmat dan pertolongan Allah Taala.

Alhamdulillah PUSTAKA MUASZ terus beroperasi walau dengan stok terhad dan kekangan masa untuk memberi tumpuan sepenuhnya di sini.

Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung setia pustaka maya ini dan pelanggan yang sudi berurusan dengan kami. Sokongan anda pembakar semangat untuk kami meneruskan misi kami.

Terima kasih, wassalam.


Rabu, 7 Disember 2016

BUKU BARU DI PUSTAKA MUASZ

BERKEBUN EMAS DENGAN SEDEKAH

Sebuah buku terbitan Pustaka Azhar yang diterbitkan pada tahun 2015. Hasil karya Huriadi Panggabean dan disemak oleh Ustaz Mohd Nizam Ab. Razak. 

Buku Berkebun Emas Dengan Sedekah menjelaskan kepada para pembaca berkenaan zakat, infaq dan sedekah serta kelebihan dan faedahnya. 

Turut mengisahkan beberapa contoh teladan berkenaan sedekah yang berlaku pada kalangan salaf as-solihin.

Selamat membaca dan menikmati keenakkan ilmu.



Ahad, 31 Julai 2016

3 Jenis ‘pemilik buku’

Ada 3 Jenis ‘pemilik buku’ yang perlu anda tahu..

Jenis yang pertama

Terdapat jenis orang yang suka membeli buku tetapi tidak pernah membacanya.

Selalunya orang yang sebegini hanya ‘minat’ kepada penulis. Mereka hanya mengikut trend semasa. Mereka terpikat dengan senireka muka depan, dan terjebak dalam perlumbaan mengumpul buku edisi ‘collector item’.

Orang sebegini hanya mencintai buku dengan kekayaan, bukan dengan kebijaksanaan.

Jenis yang kedua

Kemudian, terdapat juga jenis pemilik buku yang membeli tetapi hanya jarang-jarang membaca setiap helaian buku tersebut sampai habis.

Mereka hanya membelek-belek beberapa helai muka depan sebelum semakin memperlahankan rentak, dan akhirnya terhenti.

Seperti jenis orang pertama, buku-bukunya akan kelihatan masih baru walaupun selepas 10 tahun membelinya.

Jenis ketiga

Dan jenis orang yang terakhir, pemilik buku yang mempunyai buku-buku yang berkumal, helaiannya hampir longgar, dan paling penting, terdapat conteng-contengan dan tanda dari depan hingga ke belakang buku.

Jenis pemilik buku yang terakhir inilah selalunya pembaca yang mampu menyerap buku hingga ke salur darah. Mereka mengingat apa yang mereka telah baca.

Dan pembaca jenis terakhir inilah kita semua patut jadi.

Sumber:

http://akuislam.com/blog/produktiviti/menyerap-mengingat-buku-dibaca/

Jumaat, 8 Julai 2016

PUSTAKA MUASZ BEROPERASI !!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar semua pengunjung setia laman PUSTAKA MUASZ ?
Terima kasih kerana masih setia melawati dan mengunjungi laman usang ini.

InsyaAllah dengan rahmat dan berkat daripada Allah jua, PUSTAKA MUASZ akan beroperasi semula selepas cuti Aidilfitri ini. Kami mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung untuk mendapatkan info bermanfaat daripada kami dan membeli buku-buku yang kami sediakan untuk faedah kita bersama.  

Bangsa membaca, bangsa berjaya!


Sabtu, 2 Julai 2016

Balik Kampung Berhari Raya

Assalamualaikum, salam sejahtera

Cuti sekolah sudah pun bermula sempena sambutan Aidulfitri pada minggu depan, insyaAllah pada 6 Julai 2016 iaitu hari Rabu. Barangkali sehari dua ini ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut lebaran bersama keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan di kampung halaman.

Oleh itu, berhati-hatilah semasa memandu di jalanraya dan patuhi had laju serta pastikan keupayaan diri dan kenderaan dalam keadaan stabil. Ingatlah orang yang tersayang.

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.







Jumaat, 24 Jun 2016

10 Akhir Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Masa berlalu begitu pantas dan laju. Sedar atau tidak kita umat Islam telah pun berada pada 10 akhir Ramadhan. Allahu akbar!

Sepertimana umum mengetahui bahawa bulan Ramadhan disebut oleh Rasulullah s.a.w.  ada 3 bahagian; awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya keselamatan dari api neraka. Bermakna lebih kurang 10 hari pada setiap bahagian di dalam sebulan berpuasa Ramadhan. Namun sebanyak mana amal soleh yang telah kita laksanakan untuk merebut ganjaran besar yang telah Allah Taala janjikan kepada hamba-hambaNya.

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Bulan tarbiyah (mendidik). Bulan Al-Quran dan bulan Lailatu al-Qadr. Dibuka pintu-pintu syurga dan dikunci pintu-pintu neraka sebagai tanda betapa besarnya rahmat Allah Taala Yang Maha Agung. Bahkan dilipat ganda ganjaran amal ibadah dan amal soleh berbanding pada hari-hari biasa. Subhanallah!

AYUH sama-sama kita rebut peluang yang masih berbaki ini.

Selasa, 14 Jun 2016

HADIAH HARI GURU 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sebelum cuti pertengahan tahun baru-baru ini pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru. Penulis telah menerima banyak hadiah daripada anak-anak murid.. Hadiah yang paling berharga bagi diri penulis adalah dua buah buku. Dua buah buku yang sangat menarik dan berguna pada diri ini. Buku yang diterima tepat pada masanya.


Jumaat, 10 Jun 2016

RAMADHAN tiba lagi

Assalamualaikum..sudah masuk hari ke-5 hari ini umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Bagaimana Ramadhan kita?


Jumaat, 8 April 2016

DIDIK MEMBACA DARI USIA KECIL - 4

9- Nyanyian berunsur Ilmu dan Teladan

- Adakah sukar dan susah untuk anda bernyannyi bersama anak-anak? Bukan nyanyian balada mahupun poprock atau dangdut. Tetapi bernyanyilah bersama mereka dengan senikata yang berunsur ilmu dan teladan. Sudah banyak lagu-lagu yang direka khas untuk anak-anak taska dan pra-sekolah boleh digunakan. Melalui nyanyian akan menyeronokkan anak-anak dalam proses pembelajaran. Pada usia dini mereka juga lebih mudah mengingati senikata dan lagu yang didengari. AWAS! Elakkan mereka dari mendengari lagu-lagu yang tidak bermanfaat dan lagho. Mereka mudah ingat senikata dan akan sering menyebutnya.

- Bernyanyi ABC, 123, Alif Ba Ta dan sebagainya sambil bergurau senda bersama anak-anak akan menggembirakan mereka. Percayalah, gelak tawa anak-anak akan menghilangkan stress kita dan menambahbaik sel-sel kuasa positif dalam diri mereka. Cubalah!

10- Permainan berunsur Ilmu

- Kad huruf, buku mini, poster, mainan lego blok dan seumpamanya adalah alat mainan yang sangat sesuai terutama anak yang berusia 3 tahun ke atas. Pastikan anda bersama mereka ketika mereka bermain dengan alat mainan tersebut.

- Paparan audio / video juga boleh digunakan apabila anak-anak telah mencapai tahap umur yang sesuai sekitar empat tahun ke atas. Awasi mereka dan mengelak secara bijaksana apabila anak anda ingin memegang atau mengendalikan sendiri alatan audio/video tersebut.

- Ibubapa amat disarankan agar menjadi seorang guru kepada anak-anak ketika mengendalikan alatan mainan tersebut.


Sebahagian dari tips di atas boleh diusahakan sejak anak berada dalam kandungan lagi. Sebahagiannya ketika anak berusia setahun, dua, tiga dan empat tahun. InsyaAllah jika Allah Taala izinkan dengan usaha dan doa kita yang berterusan, anak-anak boleh membaca seusia empat tahun.
Selain itu, kita boleh menggalakkan anak-anak sejak dari usia akhir dua tahun mengingati doa-doa harian yang ringkas. Sering menyebut dan dibacakan kepada mereka setiap kali sesuatu perbuatan seperti ketika makan, hendak tidur, masuk tandas, memberi salam ketika masuk rumah dan sebagainya. Apabila anak-anak selalu mendengar secara langsung mereka akan mengingatinya.

SELAMAT BERAMAL!

IBU BAPA MITHALI KEBANGGAAN PERTIWI

Rabu, 6 April 2016

AL-FATEH GUMMI GENIUS

Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Alhamdulillah,
Kami ingin memperkenalkan satu produk yang sangat baik untuk anak-anak dan anda sendiri. Gabungan makanan sunnah yang diadun dari campuran kismis, madu, za'faran dan garam bukit. Lalu dijadikan gula-gula jelli yang menarik minat anak-anak dan orang muda untuk menikmatinya. Bukan sahaja sedap bahkan berkhasiat, halal lagi suci. Ramuan khas untuk  kecerdasan minda dan kesihatan jasmani.

Cubalah hari ini!
Hubungi: 012-324 3508 ( whatsapp/Sms/call )  

Al-Fateh Gummi Genius